Bismilahirrahmanirrahim..
Dalam satu hari yang kita lalui, pernah tak terdetik satu saat dalam diri kita
" Untuk apa kita ni hidup,adakah untuk sia2? adakah hanya untuk melayari hidup ni dengan sesuka hati kita, adakah hidup ni untuk menikmati makanan yang lazat? tidur yang nyenyak? dan macam2 lagi perkara yang kita buat untuk memuaskan nafsu kita,saudaraku sekalian?
Dalam entri kali,ana nak bawa antuna sekalian dalam memikir sejenak tentang diri kita yang lemah ni yang dikurniakan pelbagai nikmat untuk kita memanfaatkan ke jalan yang benar. Pernah ke Allah meminta duit antuna sebagai timbal balas untuk mata yang telah dikurniakan, akal untuk kita berfikir dan nafas kita, kita dapat semua ni dalam keadaan sedia percuma kan?
Ana nak bawakan satu analogi yang amat mudah.
Cuba antuna tutup kedua-dua belah mata antuna selama 10 minit.Pada waktu yang sama, bayangkan jika antuna semua ni tidak kurniakan penglihatan, tidak dapat melihat, hidup hanyalah bertemankan kegelapan dan fikirlah bagaimanakah keadaan antuna dalam melayari hidup ni tanpa anugerah mata?.
Namun ,alhamdulillah antuna semua dikurniakan sepasang mata yang cantik dan dapat menikmati pemandangan yang Allah ciptakan tanpa halangan dan sekatan kan? Beruntungnya kita namun adakah kita menggunakannya sebaiknya? Jawapannya hanya pada diri kita.
Dan sekarang, cuba antuna berfikir sejenak dan muhasabah diri. Ana harap antuna semua dalam keadaan tenang dan tinggalkanlah hal dunia sebentar dan hayatiilah muhasabah di bawah:
Bagaimana perasaan antuna sekarang? Jika antuna tersentuh dengan muhasabah ni, maknanya alhamdulilah Allah pilih antuna sekalian untuk masih merasakan getarnya peringatan ini tetapi jika hati antuna semua masih tidak terasa apa-apa,cubalah lihat balik dan renunglah apa yang telah antuna lakukan sehingga hati antuna tidak tersentuh lansung dan mungkin ada perkara yang antuna buat sehinggakan hati antuna di hijab.
Ana hanya ingin berkongsi bersama saudara semua dengan apa yang telah ana lalui semasa mabit beberapa hari lalu.
Marilah kita sama-sama memperbaiki amalan kita dan ana sendiri sementara diberi peluang. Janganlah kita leka saudaraku sekalian..
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" Surah Ar-Rum:64 (30:64)
3 17 kata-kata semangat:
Hanya hamba Allah
nice sharing!
semoga mendapat manfaat :)
insyaallah,.alhamdulilah...
Post a Comment