BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

apabila kita dah tak nampak jalan penyelesaian, maka kembalilah ke pangkal jalan yep^^


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami"

Tuesday, 21 June 2011

Amalan Tertolak Kerana Mazmumah

          Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi. Kemudian, ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit.

         Pada setiap pintu ini, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.

Pintu Langit Pertama
         
       Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari. Berkata malaikat penjaga pinntu langit: "Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya."

Pintu Langit Kedua
        
         Selepas berjaya melalui pintu langit pertama,malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. Kata malaikat penjaga langit: "Berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan keuntungan di dunia."

Pintu Langit Ketiga
          
         Malaikat membawa amalan berupa pahala sedekah, solat dan puasa. Para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua. Tetapi ditahan di langit ketiga. Malaikat berkata: "Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku. Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai."

Pintu Langit Keempat
          
       Amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat. Berkata malaikat penjaga langit: " Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya."

Pintu Langit Kelima
    
       Amalan yang dibawa berseri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit: "Berhenti dan buangkan amalan ini pada muka orang mengerjaknnya . Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya."

Pintu Langit Keenam
     
      Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. Lalu berkata malaikat penjaga langit: "Pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambaNya yang menghadapi kesusahan."

Pintu Langit Ketujuh

      Berkata Malaikat Sum'ah (ingin mahsyur): "Aku akan menghalang amalan orang yang riyak daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukan kerana mencari keredaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut.

Ketika Bertemu Dengan Allah
      
        Kemudian, naik malaikat yang membawa amalan seorang hamba yang berupa solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri dan berzikir. Amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada Allah. Ketika itu, Allah berfirman yang bermaksud,"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-Ku ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepada-Ku dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku."

Sumber: majalah solusi isu 32, halaman 23

p/s: Ya allah,terimalah amalan kami ya allah dan semoga apa yang kami lakukan di dunia ini hanyalah semata-mata ikhlas kepadamu. Terlalu banyak saringan sebelum menikmati syurga kerana syurga disediakan untuk orang yang ikhlas dalam beribadah, beriman kepadaNya.Sesungguhnya mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..


4 17 kata-kata semangat:

ummu said...

assalamualaikum semut api
terima aksih sudi follow blog link blog saya.sekian,wassalam

miss khairani said...

wslm.sama2 =)

Anonymous said...

Semoga semua amalan kita selama ini tidak menjadi sia-sia. InsyaAllah.

miss khairani said...

insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

impian yang bakal pasti ^^

impian yang bakal pasti ^^
^^ kata saidina ali "kebatilan yang dirancang lebih baik daripada kebenaran yang tak dirancang"

tetamu