BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

apabila kita dah tak nampak jalan penyelesaian, maka kembalilah ke pangkal jalan yep^^


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami"

Monday, 27 June 2011

:::Allah tidak melihat hasil tetapi pada usahanya:::




Spesis:  Burung pipit

Nama saintifik:  Passer (true sparrow)

Era:  Nabi Ibrahim a.s.

Sinopsis: 

Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. 

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? 

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. 

Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Jika mengikut logik matematika, nisbah air yang dibawa oleh si burung pipit dengan api yang Namrud sediakan, hampir kepada sia-sia. 

Namun, Allah Azzawajalla Maha Adil dan Saksama. Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi Allah memandang dan mengambil kira usaha yang dilakukan.

Kisah burung lain pun ada, bacaan sini, moga bermanfaat..

6 17 kata-kata semangat:

aiEz said...

usaha adalah lebih baik dari pada mengharap sesuatu..berusaha utk mendapatkan dr sekadar melihat,tanpa berbuat sesuatu...:)

miss khairani said...

man jadda wa jadda

Engku Myza Engku Hassan said...

suke..

Anif Abdullah| AA said...

perkongsian ilmu yg sgt bagus..

Anonymous said...

Perkongsian mantap. Terima kasih atas linknya.

miss khairani said...

moga dapat manfaat.sama2 kita betulkan niat.nasihat pada diri juga, buatlah sesuatu kerana allah dan bukan hendak dipuji atau berpura-pura di depan manusia.sesungguhnya allah maha mengetahui setiap sesuatu dan apa yang tedetik dalam hati kita pun tak terlepas dari pandangan allah.takut ngan azab allah.nanti kita diadili di mahkamahNYA.. astagfirullahaldzim.ampunkan kami ya allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

impian yang bakal pasti ^^

impian yang bakal pasti ^^
^^ kata saidina ali "kebatilan yang dirancang lebih baik daripada kebenaran yang tak dirancang"

tetamu