BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

apabila kita dah tak nampak jalan penyelesaian, maka kembalilah ke pangkal jalan yep^^


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami"

Friday, 8 July 2011

why pork is prohibited in islam


check it out..

Thursday, 7 July 2011

ayuh, bangkitlah,kamu dan aku..!

Monday, 4 July 2011

bersihkan hatimu..



Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah SWT jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah SWT, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah SWT jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah SWT kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
--------------------------------------
Seorang pencuci berkata, " Alangkah baiknya sekiranya daku dapat mencuci HATIKU seperti tandas ini...nampaknya tandas ini lebih BERSIH dari hatiku."

Monday, 27 June 2011

:::Allah tidak melihat hasil tetapi pada usahanya:::




Spesis:  Burung pipit

Nama saintifik:  Passer (true sparrow)

Era:  Nabi Ibrahim a.s.

Sinopsis: 

Semasa Nabi Ibrahim sedang dibakar oleh Namrud yang zalim, seekor burung pipit berulang-alik daripada sebuah kolam ke lembah tempat Nabi Ibrahim sedang dibakar dengan membawa air kolam tadi dalam paruhnya yang kecil. 

Kejadian ini dilihat oleh malaikat Jibril a.s. dan Jibril bertanya kepada sang pipit, adakah air itu mampu untuk memadamkan api yang menggila marak dan besar itu? 

Lalu sang pipit menjawab, yang dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas itu. 

Namun, sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Jika mengikut logik matematika, nisbah air yang dibawa oleh si burung pipit dengan api yang Namrud sediakan, hampir kepada sia-sia. 

Namun, Allah Azzawajalla Maha Adil dan Saksama. Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi Allah memandang dan mengambil kira usaha yang dilakukan.

Kisah burung lain pun ada, bacaan sini, moga bermanfaat..

Sunday, 26 June 2011

untukmu saudaraku...

Bismilahirrahmanirrahim..
Dalam satu hari yang kita lalui, pernah tak terdetik satu saat dalam diri kita  
" Untuk apa kita ni hidup,adakah  untuk sia2? adakah hanya untuk melayari hidup ni dengan sesuka hati kita, adakah hidup ni untuk menikmati makanan yang lazat? tidur yang nyenyak? dan macam2 lagi perkara yang kita buat untuk memuaskan nafsu kita,saudaraku sekalian?

Dalam entri kali,ana nak bawa antuna sekalian dalam memikir sejenak tentang diri kita yang lemah ni yang dikurniakan pelbagai nikmat untuk kita memanfaatkan ke jalan yang benar. Pernah ke Allah meminta duit antuna sebagai timbal balas untuk mata yang telah dikurniakan, akal untuk kita berfikir dan nafas kita, kita dapat semua ni dalam keadaan sedia percuma kan?

Ana nak bawakan satu analogi yang amat mudah.
Cuba antuna tutup kedua-dua belah mata antuna selama 10 minit.Pada waktu yang sama, bayangkan jika antuna semua ni tidak kurniakan penglihatan, tidak dapat melihat, hidup hanyalah bertemankan kegelapan dan fikirlah  bagaimanakah keadaan antuna  dalam melayari hidup ni tanpa anugerah mata?. 

Namun ,alhamdulillah antuna semua dikurniakan sepasang mata yang cantik dan dapat menikmati pemandangan yang Allah ciptakan tanpa halangan dan sekatan kan? Beruntungnya kita namun adakah kita menggunakannya sebaiknya? Jawapannya hanya pada diri kita.

Dan sekarang, cuba antuna berfikir sejenak dan muhasabah diri. Ana harap antuna semua dalam keadaan tenang dan tinggalkanlah hal dunia sebentar dan hayatiilah muhasabah di bawah:

 

Bagaimana perasaan antuna sekarang? Jika antuna tersentuh dengan muhasabah ni, maknanya alhamdulilah Allah pilih antuna sekalian untuk masih merasakan getarnya peringatan ini tetapi jika hati antuna semua masih tidak terasa apa-apa,cubalah lihat balik dan renunglah apa yang telah antuna lakukan sehingga hati antuna tidak tersentuh lansung dan mungkin ada perkara yang antuna buat sehinggakan hati antuna di hijab. 

Ana hanya ingin berkongsi bersama saudara semua dengan apa yang telah ana lalui semasa mabit beberapa hari lalu.

Marilah kita sama-sama memperbaiki amalan kita dan ana sendiri sementara diberi peluang. Janganlah kita leka saudaraku sekalian..

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" Surah Ar-Rum:64 (30:64)














Thursday, 23 June 2011

i only ask of god-outlandish-



I only ask of God
He won't let me be indifferent to the suffering
That the very dried up death doesn't find me
Empty and without having given my everything

I only ask of God
He won't let me be indifferent to the wars
It is a big monster which treads hard
On the poor innocence of people
It is a big monster which treads hard
On the poor innocence of people

People...people, people

I only ask of God
He won't let me be indifferent to the injustice
That they do not slap my other cheek
After a claw has scratched my whole body

I only ask of God
He won't let me be indifferent to the wars
It is a big monster which treads hard
On the poor innocence of people
It is a big monster which treads hard
On the poor innocence of people

People...people...people

Solo le pido a Dios
Que la guerra no me sea indiferente
Es un monstruo grande y pisa fuerte
Toda la pobre inocencia de la gente
Es un monstruo grande y pisa fuerte
Toda la pobre inocencia de la gente

People...people...people

Wednesday, 22 June 2011

kamu boleh buat maksiat tapi dengan lima syarat..nak tau?

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, 

Syarat pertama,
jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?” “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

Syarat yang kedua,
” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?” “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan 

syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta  

syarat yang keempat
Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa
syarat yang kelima?

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.” Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.






Tuesday, 21 June 2011

Amalan Tertolak Kerana Mazmumah

          Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi. Kemudian, ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit.

         Pada setiap pintu ini, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.

Pintu Langit Pertama
         
       Malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari. Berkata malaikat penjaga pinntu langit: "Pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya."

Pintu Langit Kedua
        
         Selepas berjaya melalui pintu langit pertama,malaikat itu sampai ke pintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. Kata malaikat penjaga langit: "Berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan keuntungan di dunia."

Pintu Langit Ketiga
          
         Malaikat membawa amalan berupa pahala sedekah, solat dan puasa. Para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedua. Tetapi ditahan di langit ketiga. Malaikat berkata: "Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku. Orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai."

Pintu Langit Keempat
          
       Amalan berupa tasbih, solat, puasa, haji dan umrah dibawa malaikat sehingga melepasi pintu langit keempat. Berkata malaikat penjaga langit: " Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub tidak boleh melintasiku. Dia beramal dengan dorongan perasaan ujub dalam dirinya."

Pintu Langit Kelima
    
       Amalan yang dibawa berseri-seri, lalu berkata malaikat penjaga langit: "Berhenti dan buangkan amalan ini pada muka orang mengerjaknnya . Mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya."

Pintu Langit Keenam
     
      Malaikat membawa amalan solat, zakat, umrah, jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. Lalu berkata malaikat penjaga langit: "Pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambaNya yang menghadapi kesusahan."

Pintu Langit Ketujuh

      Berkata Malaikat Sum'ah (ingin mahsyur): "Aku akan menghalang amalan orang yang riyak daripada sampai kepada Tuhanku. Dia beramal bukan kerana mencari keredaan Allah tetapi supaya amalannya disebut-sebut.

Ketika Bertemu Dengan Allah
      
        Kemudian, naik malaikat yang membawa amalan seorang hamba yang berupa solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri dan berzikir. Amalan ini dibawa oleh para malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua halangan dan sampai kepada Allah. Ketika itu, Allah berfirman yang bermaksud,"Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-Ku ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Dia tidak ikhlas kepada-Ku dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku."

Sumber: majalah solusi isu 32, halaman 23

p/s: Ya allah,terimalah amalan kami ya allah dan semoga apa yang kami lakukan di dunia ini hanyalah semata-mata ikhlas kepadamu. Terlalu banyak saringan sebelum menikmati syurga kerana syurga disediakan untuk orang yang ikhlas dalam beribadah, beriman kepadaNya.Sesungguhnya mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..


Friday, 17 June 2011

ANAK-ANAK KURANG AJAR: SALAH SIAPA!



Anak-anak yang dilahirkan diatas dunia ini ibarat sehelai kain putih.Ibubapa lah yang mencorakkannya samada pilihannya majusi,nasrani atau yahudi. 

Namun kini,apa yang ku lihat,anak-anak lansung tidak beradab dengan ibubapa.

Adakah salah ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari?

Adakah salah ibu yang menjaganya  siang dan malam,sanggup berjaga malam demi menghalang seekor nyamuk pun yang hinggap di badan anaknya?

Adakah salah ibu yang sanggup mencuci lampinnya?

Adakah salah ibu yang menyusukan ketika  anaknya itu menangis ingin diberikan susu?

Adakah salah ibu yang sentiasa mengawasinya apabila dia bermain dengan objek tajam dan persekitaran yang merbahaya?

Adakah salah ibu yang terlalu mencintai anaknya,memanjakannya dan setiap saat ibunya ingin membelainya anaknya?

Adakah salah ibu dan ayah yang saling mencintai antara satu sama lain dan menyebabkan anaknya dapat melihat dunia ni?

Sehingga kini masih terngiang-ngiang kata anak yang lansung tidak berlapik dan seakan tidak sedar dia sedang bercakap dengan seorang insan yang mengasuhnya sejak dia kecil hinggalah dia dapat melihat arus dunia ni.

“Ibu tengok adik ni semakin hari semakin jauh dengan ibu,bila ibu nak bercakap-cakap dengan adik,adik lansung tak nak bercakap ibu,kenapa ni dik,marah dengan ibu ke?”

“Jangan sibuk boleh tak!,Ikut suka akula nak senyap ke,bisu ke,kau apa susah. Bising la,tak suka betul aku orang yang suka membebel ni.Menyampah. Diam boleh tak!”

Huh,terasa berdesing telinga aku.Huh!.Kalaulah aku kat tempat mak cik tu, eeii.,,kecik-kecik lagi aku dah kenyek2,tak benarkan hidup.Bila kecik,ingatkan baik,tak sangka pulak bila besar jadi anak yang tak tahu adab, derhaka.!  (Sebenarnya,banyak lagi contoh tapi aku tulis satu je,nanti tak pasal-pasal panjang berjela-jela)

Dimana silapnya?

Apakah salah seorang dara dan teruna yang saling mencintai dan membina masjid dan kemudian dapat anak yang derhaka..Ya,sesungguhnya Allah akan menguji seseorang dengan anak-anak, harta benda dan ketakutan dan kesedihan.


Jadi,inisiatif dan solution yang aku perhatikan ialah

1-seseorang yang nak kahwin mestilah bertaubat daripada segala dosa-dosa yang dia lakukan. Takut nanti,perangai dia yang macam setan tu di turunkan genetically kepada anak-anak yang bakal lahir.

2-Niat kahwin tu,tuk membina generasi yang beriman.

3-Kalau ada anak,didiklah dia mengikut zamannya. Didiklah dia mengikut islam,solat wajib ajar waktu dia umur 7tahun tu.Kalau tak solat juga,10 tahun dah boleh pukul(tapi janganlah pukul sampai masuk spital)

4-Ibubapa kena buat usrah keluarga.tarbiyyah anak-anak supaya dari kecil dah tahu apa matlamat,tujuan dia hidup,bukan nak suka-suka je.

Sekian,ni daripada pandangan aku.



p/s- minta maaf kerana bahasa ‘aku’ digunakan.Nak marah dalam diam. Silalah beri komen pada apa yang aku tulis ni.peace#

Tuesday, 14 June 2011

5 perkara aneh (ape ek)



 :::sumber:::

"Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. 

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. 



Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku  diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. 

Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. 



Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. 




Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.




Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, 

"Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. 

Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. 

Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. 

Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. 

Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." 

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar."

Monday, 13 June 2011

di MAna HatIMu..


Kau mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi. Berbekalkan kata pujangga, kebaikan itu kerapkali perlu dimulakan berkali-kali. Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Allah.

Walaupun berkali-kali mundur dan terbentur, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti. Berhenti ertinya mati – mati hati dalam mengharapkan cahaya Ilahi. Hakikatnya itu lebih bahaya daripada matinya jasad yang lahir ini.

Ya, kau perlu mulakan sekali lagi. Begitu bisikan ilmu menolak rasa ragu. Selalu. Walaupun terasa diri diselubungi selimut dosa dan kemelut alpa, jangan sekali-kali putus asa. Begitu kata jiwa yang menjerit tanpa suara. Allah tidak akan menutup pintu keampunannya... kunci pintu itu adalah harapan. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan. Tewas dalam satu pertempuran tidak bererti tewas dalam satu peperangan.

Begitulah jua dalam peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu ini.
Tidak ada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah. Hati itu boleh berkarat, pencucinya adalah Al Quran dan ingatkan mati. Begitu panduan yang diberikan oleh Rasul junjungan. Jua teringat pesan Imam Ghazali:

"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

Semak-semak dalam kehidupan harianmu. Bagaimana awal pagimu... Telahkah kau buka setiap hari barumu dengan hati yang bersyukur? Telahkah kau ucapkan, segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku daripada kematian yang sebentar dan kepada-Nyalah kami akan dikembalikan? Kemudian mintalah berlindung daripada sifat malas, takut, bakhil dan penguasaan orang lain terhadapmu. Senyum. Dan teruskan bersuci dengan mandi dan wuduk. Basuh wajahmu, fikiranmu, pendengaranmu dan penglihatanmu daripada cela dosa dan prasangka. Kemudian dirikan solat Subuh. Pinta hidayah, kesihatan, kekuatan dan kesabaran dalam kalimah-kalimah doa dan munajat itu.

Tidak mengapa sekiranya hati terganggu oleh karenah-karenah manusia atau mainan rasa. Tetapi capai segera Al Quran dan bacalah. Bacalah, itu hakikatnya menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan.
Jiwa yang tidak membaca al Quran umpama talipon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, tidak berguna... Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran, tanpa al Quran segalanya tidak berguna.

Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan memburu fatamorgana kemewahan dunia hanya untuk ditipu olehnya. Ingat wahai diri, janji kesibokan yang tanpa henti, kelesuan yang tiada penghujung, kejemuan yang senentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan, buat pemburu-pemburu dunia yang bagaikan anjing rakus memburu bangkai. Sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Sebaik-baik perlindungan adalah Al Quran. Mereka yang begini sahaja mampu 'menukar' bangkai dunia menjadi baja dalam kehidupan.

Burulah kehidupan dengan semangat orang yang bersedia untuk mati. Jadilah insan bijaksana yang menghayati pesanan Rasulullah agar sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya. Jadilah umpama para sahabat Rasulullah s.a.w yang hidup bahagia, tenang dan aman walaupun dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan. Jangan jadi Namrud, Firaun dan Haman yang mengurus dunia penuh dengan ketamakan dan kezaliman. Nanti kau diburu oleh resah, gelisah, kesibokan, kejemuan, kemarahan yang tiada berkesudahan.

Ingatlah wahai orang yang bermujadahah... tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di hujung jalan, cukup sekadar kau telah menempuh jalan. Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan, tetapi ada di sepanjang jalan...Genggam al Quran, ingat mati dan berangkatlah. Jalan mujahadah itu susah tapi indah!

Layan lagu ( biar semangat sikit)


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
 
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
 
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
 
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
 
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah

Saturday, 11 June 2011

Dia dah pergi...

Mak telefon.

Kakak,Comey,dah tak ada.

Apa, mak? (Air mataku mula menitik)

Kucing yang ku jaga selama 4 tahun sudah tiada lagi.. Teringat detik-detik kenanganku bersama Comey, sangat manja,suka sangat mengelus badannya kepadaku untuk meminta perhatian. Kenangan hanya tinggal kenangan. Apa yang ada sekarang,cuma rasa kehilangan apabila ku kembali ke rumah. Tiada lagi,suaranya memanggilku. 

Comey baru berusia 4 tahun, tapi dah menemui ajal. Kata mak,sebelum hari kematiannya, dia tak nak makan nasi yang mak bagi, tidak lincah seperti biasa. Dia suka tidur dan nampak lemah. Dah ajalnya kan. Mati tu pasti. Aku ambil ibrah kat sini, apapun yang kita sayang takkan kekal dengan kita. Kucing berbeza dengan kita kerana pabila dah mati, dah tamatlah riwayatnya tapi seorang manusia akan dibangkitkan dan dipertanggunjawabkan atas apa yang sudah  dilakukan di muka bumi ini.

Sayidina Ali karramallahu-wajhah pernah berpidato suatu masa, katanya:

    Ketahuilah, bahawa kamu semua akan mati, dan dibangkitkan sesudah mati.Kamu akan ditanya dai hal amalan-amalan kamu dan akan dibalas terhadap kesemuanya, maka jangan sampai kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia kerana yang demikian itu diserikan dengan berbagai-bagai bala bencana yang tetap akan menarik kamu kepada kebinasaan.

    Semua yang ada pada dunia itu adalah tipudaya semata dan dia akhirnya akan hilang lenyap, bila dia berada denganmu dia adalah penuh tipu muslihat, kesenangannya tidak kekal, dan tiada seorang pun akan selamat dari kejahatannya. 

   Sementara penghuninya dalam keadaan gembira dan sukacita tiba-tiba ditimpa bahaya dan bencana, hal-ehwalnya berubah-ubah tidak tetap, kehidupannya tercela dan kemewahan di dalamnya mempunyai cita-cita yang tak menentu maka dunia akan melemparnya dengan anak panah lalu membinasakannya. Semua orang akan mati mengikut takdir dan ketentuan, tidak lebih dan tidak kurang.
     Aku berpesan kepada kamu supaya banyak bertaqwa kepada Allah dengan membelakangi dunia yang akan meninggalkan kamu meskipun kamu tidak mudah untuk meninggalkannya. Dunia akan menghancur-luluhkan tubuh kamu sedang kamu terus ingin memperbaharuinya. 

     Hanyasanya perumpamaan kamu dengan dunia itu adalah ibarat sekumpulan manusia yang dalam pelayaran, mereka telah melalui satu jalan dan mereka menyangka telah melewatinya, mereka bergantung kepada satu pengetahuan yang mereka ingat telah sampai kepadanya.

Thursday, 9 June 2011

~Sy nAk sEraP sEmanGaT SemuT ~



Bismilahirrahmanirahim

Inspirasi Si Kecil Bernama Semut 

[ Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian? Mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut? Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan confirm berasap? Kenapa ya ? 

Kalau kita perhatikan semut, semut akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia Berjaya mencapai matlamat yang digenggam. Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? 

Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis. Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai. 

Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.

SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi:) 

Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah. Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa.

Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulangkali. Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu. 

Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut. "Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."

Hebat kan si kecil bernama semut?

Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.

Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama. Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. 

Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai ]

saya baca kat sini ^^

Thursday, 2 June 2011

jOm kITA Lalui hARI NI denGan ceRIA!

Bismilahirrahmanirahim..

TipS

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab kita masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan yang singkat, masih diberi peluang untuk membaiki kesilapan lalu dan mempertingkatkan amal soleh yang mana akan ditanya oleh Allah s.w.t kelak..Alhamdulilah!

2. Tekad Bermotivasi
Kita mesti pasang niat dalam hati 'aku nak jadi seorang yang bersemangat hari ni' amin!..Then, baca atikel motivasi walaupun pendek dan cuma ambil masa 2-3 minit.Janganla buka cerita2 gosip di awal pagi ni. Kerana ia akan membantutkan motivasi kita. Semangat!


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Cuba dengar motivasi daripada media.Contohnya,Motivasi Pagi di Tv3,Ikim Fm dan banyak lagi saluran lain. Setiap saaat kita perlu bermotivasi sebab motivasi ni kalau tak dijaga,kita akan cepat rasa down. Ayuh sahabat, bangkitlah!


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bismilahirrahmanirahim! Walau apa jua yang kita lakukan,Allah bersama kita =)



5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Maksudnya kita rangka apa yang kita nak capai hari ni..Buat TO DO LIST..Insyaallah kerja pun sistematik, siap pada waktunya kalau kita istiqamah.



niat saya,niat awak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

impian yang bakal pasti ^^

impian yang bakal pasti ^^
^^ kata saidina ali "kebatilan yang dirancang lebih baik daripada kebenaran yang tak dirancang"

tetamu