BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

apabila kita dah tak nampak jalan penyelesaian, maka kembalilah ke pangkal jalan yep^^


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya dan kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami"

Friday 17 June 2011

ANAK-ANAK KURANG AJAR: SALAH SIAPA!



Anak-anak yang dilahirkan diatas dunia ini ibarat sehelai kain putih.Ibubapa lah yang mencorakkannya samada pilihannya majusi,nasrani atau yahudi. 

Namun kini,apa yang ku lihat,anak-anak lansung tidak beradab dengan ibubapa.

Adakah salah ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari?

Adakah salah ibu yang menjaganya  siang dan malam,sanggup berjaga malam demi menghalang seekor nyamuk pun yang hinggap di badan anaknya?

Adakah salah ibu yang sanggup mencuci lampinnya?

Adakah salah ibu yang menyusukan ketika  anaknya itu menangis ingin diberikan susu?

Adakah salah ibu yang sentiasa mengawasinya apabila dia bermain dengan objek tajam dan persekitaran yang merbahaya?

Adakah salah ibu yang terlalu mencintai anaknya,memanjakannya dan setiap saat ibunya ingin membelainya anaknya?

Adakah salah ibu dan ayah yang saling mencintai antara satu sama lain dan menyebabkan anaknya dapat melihat dunia ni?

Sehingga kini masih terngiang-ngiang kata anak yang lansung tidak berlapik dan seakan tidak sedar dia sedang bercakap dengan seorang insan yang mengasuhnya sejak dia kecil hinggalah dia dapat melihat arus dunia ni.

“Ibu tengok adik ni semakin hari semakin jauh dengan ibu,bila ibu nak bercakap-cakap dengan adik,adik lansung tak nak bercakap ibu,kenapa ni dik,marah dengan ibu ke?”

“Jangan sibuk boleh tak!,Ikut suka akula nak senyap ke,bisu ke,kau apa susah. Bising la,tak suka betul aku orang yang suka membebel ni.Menyampah. Diam boleh tak!”

Huh,terasa berdesing telinga aku.Huh!.Kalaulah aku kat tempat mak cik tu, eeii.,,kecik-kecik lagi aku dah kenyek2,tak benarkan hidup.Bila kecik,ingatkan baik,tak sangka pulak bila besar jadi anak yang tak tahu adab, derhaka.!  (Sebenarnya,banyak lagi contoh tapi aku tulis satu je,nanti tak pasal-pasal panjang berjela-jela)

Dimana silapnya?

Apakah salah seorang dara dan teruna yang saling mencintai dan membina masjid dan kemudian dapat anak yang derhaka..Ya,sesungguhnya Allah akan menguji seseorang dengan anak-anak, harta benda dan ketakutan dan kesedihan.


Jadi,inisiatif dan solution yang aku perhatikan ialah

1-seseorang yang nak kahwin mestilah bertaubat daripada segala dosa-dosa yang dia lakukan. Takut nanti,perangai dia yang macam setan tu di turunkan genetically kepada anak-anak yang bakal lahir.

2-Niat kahwin tu,tuk membina generasi yang beriman.

3-Kalau ada anak,didiklah dia mengikut zamannya. Didiklah dia mengikut islam,solat wajib ajar waktu dia umur 7tahun tu.Kalau tak solat juga,10 tahun dah boleh pukul(tapi janganlah pukul sampai masuk spital)

4-Ibubapa kena buat usrah keluarga.tarbiyyah anak-anak supaya dari kecil dah tahu apa matlamat,tujuan dia hidup,bukan nak suka-suka je.

Sekian,ni daripada pandangan aku.



p/s- minta maaf kerana bahasa ‘aku’ digunakan.Nak marah dalam diam. Silalah beri komen pada apa yang aku tulis ni.peace#

2 17 kata-kata semangat:

amna said...

tidak boleh salahkan sesiapa pada dasarnya. saya pernah dengar satu ceramah ni, pada pendapat penceramah tersebut, kalau berlaku apa2 pada anak kita, lihat dan renung kembali sejarah2 kita dahulu. insafi perkara yang telah kita lakukan dulu ;'I

miss khairani said...

astagfirullahadzim..bagusla kan kalo pada sesiapa yang dikurniakan anak yang soleh dan solehah.terima kasih atas teguran. Jadi sebelum berkahwin, taubat2lah supaya bakal anak kita tak terikut dengan perangai kita yang tak baik dulu,..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

impian yang bakal pasti ^^

impian yang bakal pasti ^^
^^ kata saidina ali "kebatilan yang dirancang lebih baik daripada kebenaran yang tak dirancang"

tetamu